Monday, July 30, 2018


SESI JUN 2018

DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN DAN MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM. 

NAMA PENSYARAH: USTAZAH NORAINI BT NAWAWI

NAMA AHLI:
1. MUHAMMAD ATHIR BIN MOHD ALI (02DTK16F1045)
2. MUHAMMAD FIRDAUS BIN HUSSIAN (02DTK16F1076)
3. MUHAMMAD AIDIEL BIN ANUAR (02DTK1F1067)
4. MUIZZ AKRAM BIN MOHD SAPIE (02DTK16F1012)
5. MOHAMAD AIDEIL EZZANIE BIN AZIZ (02DTK16F1052)


ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
 MAKSUD GOTONG ROYONG
 CONTOH AKTIVITI GOTONG ROYONG YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM
 KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
 KESILAPAN MASA KINI
 LANGKAH-LANGKAH WAJAR
 KESAN MENGABAIKAN GOTONG ROYONG
 KESIMPULAN
 RUJUKAN
 LAMPIRAN

PENDAHULUAN
Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.



Namun begitu, amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.





MAKSUD GOTONG ROYONG

Gotong royong adalah suatu aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar aktiviti yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mudah.
Gotong royong juga sangat sesuai dengan ajaran islam, Islam menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi dan saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip gotong royong. Semangat gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:


 لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه
“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.


Selain hadits tersbut, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam juga mengingatkan pentingnya rasa kebersamaan dan saling tolong menolong,
مَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ


 ”Barangsiapa menolong saudaranya, maka Allah akan selalu menolongnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Gotong royong, tolong menolong, kerjasama telah menjadi warisan pemersatu bangsa. Sejak dulu kegiatan sosial dan amalan shalih di negeri ini tak pernah kering dari pelaku-pelaku yang mengerjakannya. Maka tak heran, Indonesia bisa kuat, bisa di hormati oleh bangsa lain, dan dipandang baik oleh negara tetanga karena kultur masyarakatnya yang senantiasa berusaha menjaga kekokohan dan kekuatan bangsa ini. Gotong royong mempererat dan merekatkan persatuan, dengan adanya saling tolong menolong maka akan terciptalah kasih sayang dan rasa perhatian antar sesama. Jika telah tumbuh rasa kasih sayang dan cinta dengan menafikan kebencian kepada sesame manusia khususnya kaum muslimin, kelak, Allah Ta’ala pun akan menurunkan kecintaannya kepada hamba-hamba tersebut. Inilah yang di sabdakan oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam,
 الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِى الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِى السَّمَاءِ


 “Orang yang menebar kasih sayang akan disayang oleh Allah Yang Maha Penyayang. Sayangilah yang di muka bumi, kalian pasti akan disayangi oleh Allah yang berada di atas langit” (HR. Tirmidzi)




CONTOH AKTIVITI GOTONG ROYONG YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM


-Melakukan aktiviti pembersihan kawasan perumahan secara beramai-ramai.



-Menjemput jiran tetangga semasa kenduri-kendara diadakan di rumah.



-Membuat sesuatu program seperti senam robik di kawasan perumahan anda.



-Hadir beramai-ramai ketika aktiviti menyembelih binatang korban semasa hari raya aidiladha.















KEPENTINGAN GOTONG ROYONG

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.



 Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa kekitaan,prihatin,dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.


Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.


Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan modal insan.









KESILAPAN MASA KINI



Setelah puluhan tahun berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka bersikap menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.





Ketidakfungsian badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk pembangunan masyarakat malahan telah terdapat sebuah kementerian untuk hal ehwal masyarakat iaitu Kemeterian Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat. Malangnya, perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi ini kurang mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat.





Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40,000 buah. Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “melepaskan batuk di tangga”. Mereka tidak gemar turun padang, berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah mereka. Malahan, ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “batu loncatan” oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.













LANGKAH-LANGKAH WAJAR

Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum.



Sekolah sebagai rumah kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti kesekolahan seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat. Melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi diri secara yang lebih meyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong-royong kembali.



Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarela ini patut diberi pujian.



Tidak terkecuali, syarikat-syarikat swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu masyarakat umum mengatasi masalah mereka. Walaupun sehingga kini peranan syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar-samar, namun fungsi sosial mereka akan lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini dan isentif kerajaan.







KESAN MENGABAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG



>>Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum.


>>Ikatan silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan keluarga akan semakin 
    terhapus

>>Silaturrahim yang ingin dipupuk akan semakin terhakis dengan perlahan-lahan.



>>Masyarakat akan menjadi tidak selesa dan tidak tenteram jika hidup serta bergaul dengan kaum yang pelbagai.







KESIMPULAN


  Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.


  
  Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.Sekian terima kasih.





RUJUKAN


1)http://www.dakwatuna.com/2016/01/30/78727/78727/#axzz4HIg5B6uM



2)https://pergipagi.wordpress.com/2013/02/11/islam-bicara-soal-gotong-royong/



3)http://blog.townplan.gov.my/?p=5800




4)ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia



5)http://hasnanadip.blogspot.my/2015/01/tolong-menolong-taawun-menurut.html

6)https://pergipagi.wordpress.com/2013/02/11/islam-bicara-soal-gotong-royong
/


LAMPIRAN











No comments:

Post a Comment

SESI JUN 2018 DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN DAN MENGERATKAN HUBUNGAN SIL...